Rabu, 21 November 2012

Kata Adjektif

Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit. sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang, dan sebagainya.

A. Jenis-jenis kata Adjektif
1. Adjektif Jati
          Ia menerangkan sifat atau rupa yang jati.
          Contoh
          Buku itu berwarna biru.
          Budak kurus itu kawan saya.
2. Ajdektif Bilangan atau pecahan
          Ia menunjukkan bilangan atau pecahan.
          Contoh
          Ayah memiliki dua buah kereta.
          Saya membeli beberapa kuntum bunga.
3. Adjektif Tunjuk
          Ia menunjukkan “bagaimana” / “yang mana”
          Contoh:
          Baju ini mahal harganya.
          Perkara demikian jangan diulangi lagi.
4. Adjektif pencerai / pengasingan
          Ia menerangkan benda yang disifatkan itu dikira satu-satu atau selonggok-selonggok.
          Contoh:
          Setiap pelajar mesti berdiplin.
          Ambil barang masing-masing.
 

Selasa, 20 November 2012

Latihan Tatabahasa

Latihan Tatabahasa
 
      A. Pilih kata adjektif yang sesuai untuk ayat-ayat berikut:
  
     1.   Adik tidak suka makan ubat yang __________________ itu. ( pahit / manis   
            /pedas)
     2.   Kami memerlukan galah yang lebih ____________ untuk mengait buah 
           rambutan itu. ( lembut / panjang / usang )
     3.   Dinding rumah kedai yang lama itu telah ________ . (hancur / retak / pecah )
     4.   Pokok-pokok yang  ____________ di sepenajang jalan itu mestilah ditebang  
           dengan segera. (condong / bongkok / jatuh )
     5.   Ikan yang disiang-siang oleh tukang masak itu berbau ___________________.  
          (garing / hangus / hanyir )
     6.   Ayam jantan itu berbulu ___________________________. ( kerdil / hitam /    
           parau)
     7.   Orang Eskimo sentiasa berbaju _____________ kerana iklim negeri itu   
            sejuk. ( sendat / tebal / kempis )
     8.   Pokok itu ____________ kerana kekurangan baja. ( renik / pendek / buncit )
     9.   Tiada kenderaan berenjin pada zaman _____________. ( lampau / kini / sekarang )
     10. Buah pokok durian itu ______________sekali. ( lebat / banyak / garau )


 B. Tanda (     ) pada ayat yang betul.  
 1. Selain daripada buluh, rotan juga boleh dibuat perabot. (      )

 2. Bila masak, buah durian itu akan gugur. (      ) 

 3. Altagracia terambil buku Elina. (      )

 4. Kakak ke sekolah dan emak ke pejabat. (     

 5. Suara penyanyi itu amat merdu sekali. (      )

 6. Budak itu ke kedai membeli buku. (       )

 7. Rumah yang baru siap dibina itu belum bercat. (      )

 8. Karangan itu tidak boleh ditiru oleh kami. (      )

 9. Rahmah belum jahit kain itu. (      )

10.
Jemputlah ke majlis hari jadi saya. (      )